Sunday, September 21, 2014

Biasa jer tapi mengimbau gak ooo!!!

'Yop boleh tolong shoot untuk kami tak'. Tanya adik aku lepas majlis kenduri kawinnya.
'Yop tak pandai untuk shoot pengantin ni'. Jawab aku 
'Kita shoot jer yop, biasa2 pun tak per janji ada memory nanti'. Terang adik aku.
'Kalau macam tu jomlah, kita shoot kat sekolah cina sana yea.'. Ajak aku setelah diyakinkan oleh adik aku tadi.

Berbekalkan sedikit idea dan pengalaman, maka terhasillah video memori perkahwinan yang abadi buat adik aku seadanya. Dia pun syok bila video ini disiapkan sebegitu rupa.  Dalam penghasilan video begini idea dan pengalaman perlu diperbanyakkan agar keunikkan setiap video itu terserlah.

Video ni buat masa ni mungkin tak berapa berkesan sangat. Jika ditonton semula 30 tahun dari sekarang terutama setelah mempunyai cucu nanti pasti mengimbau kenangan yang amat manis sekali. Tak perlu upah pro untuk hasilkan video ini, yang penting hasilnya boleh ditonton dan disimpan buat kenangan dalam hidup ini betul tak!
Jika anda ingin rakamkan saat-saat indah bersama pasangan anda baik yang baru berkahwin mahupun yang sudah lama berkawin, inilah masa yang terbaik untuk melakukannya.
Tak perlu berbelanja besar untuk mendapatkan saat-saat indah itu, segalanya akan kami usahakan untuk anda.
 
Bayaran? Jangan takut, harga kami tidak mahal macam pro2 yang lain dipasaran. Kami cuma ingin membantu anda merakamkan dunia anda untuk dijadikan tontonan abadi suatu hari nanti. 

Harga yang kami tawarkan amatlah berbaloi dengan bujet anda. Brapa?
RM500** sahaja persesi.

(harga untuk shooting,editing dan publishing shj, tidak termasuk caj-caj penginapan dan perjalanan >> untuk pelanggan outstation)
Hubungi kami di talian 019271703 untuk keterangan lanjut. Sebarang tempahan perlu diberi masa antara 1 minggu ke 2 minggu untuk mendapatkan tarikh yang dikehendaki.

No comments:

Post a Comment