Wednesday, September 24, 2014

Banyak giler lembunya...

Kejap jer dah nak raya haji.. Rasa macam baru jer sambut syawal dah nak masuk aidil adha dah.. Cepat sungguh masa berlalu meninggalkan kita semua.. Bila masuk musim raya haji ni teringat majlis qurban di kampong tahun lalu. Meriah sungguh majlis qurban disana dengan 5 ekor lembu menjadi taruhan penduduk kampong dalam meraikan perayan yang penuh sejarah ini.

'Kau datanglah rakam video qurban kat sini yop,banyak lembu tahun ni'. kata enoi dihujung talian menyuruh aku datang rakam suasana majlis hari tu.
'Buat kat mana qurban tu noi'. tanya aku ingin tahu.
'Kat belakang masjid sg keli jer...mai cepat dorang dah start dah tu..'. beritahu enoi lagi.
'Ok lagi setengah jam aku sampai'. 

Bila aku sampai je tempat tu, memang ramai yang dah menunggu nak lakukan ibadah qurban ini. Dari peringkat anak2, ibu2 dan juga ayah2 datang memeriahkan suasana hari itu. Memang terbaiklah orang kampong aku ni...

Ibadah qurban ni pun bukan semata2 kerana nakkan daging tu sahaja, tetapi yang lebih utama adalah keakraban penduduk kampong dalam menjayakan majlis itu. Lembu hanya sebagai alat untuk orang2 kampong bersama2 meraikan satu majlis yang akhirnya dapat merapatkan silaturrahim sesama mereka insyaAllah.

 
Jika organisasi anda ingin merakamkan acara2 tertentu yang sudah diatur dan dikongsikan keseluruh dunia, kami sedia membantu merakamkan saat2 indah ini bersama2. Antara yang kami akan lakukan untuk organisasi anda adalah :

1- Menghasilkan video yang kreatif dan 'simple'
2- Buka akaun di youtube channel
3- Upload video di Youtube
4- Promosikan video anda

Jangan pandang rendah keupayaan Youtube dalam mempromosikan agenda organisasi anda dimana sahaja.

Tidak terhad pada perniagaan sahaja, sebarang majlis seperti majlis hari jadi, kenduri doa selamat, majlis sambutan anak berjaya dalam peperiksaan, rakaman sekitar majlis perkahwinan (hari kenduri sahaja) dan sebarang acara yang difikirkan sesuai.

Bayaran? Jangan takut, harga kami tidak mahal macam pro2 yang lain dipasaran. Kami cuma ingin membantu anda merakamkan dunia anda untuk dijadikan tontonan abadi suatu hari nanti. 

Harga yang kami tawarkan amatlah berbaloi dengan bujet anda. Brapa?
RM500** sahaja persesi.

(harga untuk shooting,editing dan publishing shj, tidak termasuk caj-caj penginapan dan perjalanan >> untuk pelanggan outstation)
Hubungi kami di talian 019271703 untuk keterangan lanjut. Sebarang tempahan perlu diberi masa antara 1 minggu ke 2 minggu untuk mendapatkan tarikh yang dikehendaki.

No comments:

Post a Comment