Monday, September 22, 2014

Orang KL pun datang sini tau!!

Perniagaan merupakan jalan keluar kepada masalah kemiskinan baik dibandar mahupun di kampong. Kebanyakkan peniaga-peniaga kecil terutama dari kaum hawa menceburi bidang perniagaan dalam industri makanan. Kepakaran dan resepi turun temurun yang diwarisi menjadikan mereka unik dalam menghasilkan produk2 makanan yang sedap lagi enak.

Inilah juga yang berlaku pada seorang ibu yang ingin mengubah nasibnya dan keluarganya dengan jalan perniagaan. Beliau yang asalnya bekerja di pelantar ikan sebagai pemotong ikan2 disitu dengan pendapatan antara RM10 ke RM20 sehari yang memerlukan dia bekerja 5 jam untuk mendapatkan pendapatan sebanyak itu. Akan tetapi dia juga menghadapi masalah kesihatan yang mengganggu kerja2 hariannya itu.

Setelah lama bekerja buruh sebegitu dengan pendapatan tidak seberapa, beliau mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan dan perniagaan menjual nasi lemak menjadi sasarannya. Lokasi perniagaan yang dipilih berhampiran dengan klinik kesihatan hutan melintang.PAndai kakak ini mencari lokasi yang cukup strategik.

Setelah sebulan dua berniaga disitu, perniagaannya semakin maju. Nasi lemak yang dijualnya amat sedap dan enak, aku sebagai pelanggan tetapnya selalu beli 10 bungkus untuk dijadikan sarapan pagi. Sedap. Sebagai membantu perniagaan beliau yang meningkat naik itu , aku offerkan diri untuk iklankan gerai kecilnya ke dunia maya. Seronok akak tu bila aku nak 'shoot' gerainya itu. Maka terhasillah video simple ini untuk membantu akak itu berjaya dalam perniagaannya.

'Hari tu ada pelanggan dari KL datang singgah gerai akak'. Beritahu akak itu pada aku suatu hari.
'Ye ke akak, syukur. mana diorg tahu gerai akak tu?'. Tanya aku ingin tahu.
'Pelanggan tu cakap dia tengok kat youtube, mungkin video yang daud buat tu kot'. cerita akak tu lagi.

Seronok aku mendengarnya. Semoga perniagaan akak ini terus maju dan diberkati serta dapat membantu ekonomi keluarga dalam dicengkam kemiskinan insyaAllah.

 
(Kepada yang ingin menaja video promosi seperti diatas untuk gerai2 yang dikehendaki dimana sahaja, amatlah dialu-alukan. Mungkin pertolongan anda kepada peniaga2 kecil ini kecil untuk kita tetapi ianya amat besar nilainya buat peniaga2 diluar sana).
 
Jika anda seorang peniaga / usahawan kecil-kecilan di mana-mana tempat diseluruh negara, perniagaan anda wajib dipromosikan keseluruh dunia. Kami akan membantu anda mempromosikan perniagaan anda mahupun warong anda dalam bentuk: 
1- Menghasilkan video yang kreatif dan 'simple'
2- Buka akaun di youtube channel
3- Upload video di Youtube
4- Promosikan video perniagaan
Jangan pandang rendah keupayaan Youtube dalam meningkatkan jualan perniaagaan anda.   Ada antara pelanggan saya yang mendapat pelanggan yang jauh dari tempatnya disebabkan pengiklanan diyoutube yang memberi kesan positif pada bisnes dia.

Tidak terhad pada perniagaan sahaja, sebarang majlis seperti majlis hari jadi, kenduri doa selamat, majlis sambutan anak berjaya dalam peperiksaan, rakaman sekitar majlis perkahwinan (hari kenduri sahaja) dan sebarang acara yang difikirkan sesuai.

Bayaran? Jangan takut, harga kami tidak mahal macam pro2 yang lain dipasaran. Kami cuma ingin membantu anda merakamkan dunia anda untuk dijadikan tontonan abadi suatu hari nanti. 

Harga yang kami tawarkan amatlah berbaloi dengan bujet anda. Brapa?
RM500** sahaja persesi.

(harga untuk shooting,editing dan publishing shj, tidak termasuk caj-caj penginapan dan perjalanan >> untuk pelanggan outstation)
Hubungi kami di talian 019271703 untuk keterangan lanjut. Sebarang tempahan perlu diberi masa antara 1 minggu ke 2 minggu untuk mendapatkan tarikh yang dikehendaki.

No comments:

Post a Comment