Saturday, September 20, 2014

Makcik ni memang hebatlah...

Bisnes ni perlukan promosi dan pengiklanan.  Kalau takder promosi pakat suramlah bisnes kita betul tak. Bukan bisnes dorang sahaja yang suram malah bisnes kita pun sama kalau tidak di sebarluaskan.
Sementelah balik kekampong hari tu di hutan melintang perak, saya dan sahabat pergi minum2 di sebuah gerai di hadapan bangunan UMNO hutan melintang. Ramai pengunjung datang makan minum disini.

'Aku rasa nak tolong makcik ni buat promosi gerai dia ni lah'. Bagitau aku pada sahabat tadi.
'Bagus tu yop, aku sokong cadangan kau'. Jawab sahabat tadi.

So dengan niat nak bantu itu, aku pun kebetulan membawa kamera kesayangan ku Canon, maka kami pun 'shoot' gerai makcik tu sepuasnya. Dengan dibantu oleh anak2 yang comel dan hensem itu serta kerjasama dari pelanggan-pelanggan yang hadir amat membantu untuk aku hasilkan video promosi untuk makcik ini. Tiada upah yang aku minta cuma doa dan sikit kuih (hihi) untuk buat lapik perut dipohon dari makcik tersebut.

Sekarang berkat dari video ini ada yang call aku bertanyakan berkenaan gerai makcik itu. Dan hari ini aku datang lagi melihat gerai makcik itu, makcik pun sudah tidak duduk digerainya lagi hanya anak2 dia menyambung tugas maknya di situ. Sudah berjaya makcik itu menyara 13 anaknya dengan berbekalkan sebuah gerai yang diberkati...ameennnn.



Jika anda seorang peniaga / usahawan kecil-kecilan di mana-mana tempat diseluruh negara, perniagaan anda wajib dipromosikan keseluruh dunia. Kami akan membantu anda mempromosikan perniagaan anda mahupun warong anda dalam bentuk: 
1- Menghasilkan video yang kreatif dan 'simple'
2- Buka akaun di youtube channel
3- Upload video di Youtube
4- Promosikan video perniagaan

Jangan pandang rendah keupayaan Youtube dalam meningkatkan jualan perniaagaan anda.   Ada antara pelanggan saya yang mendapat pelanggan yang jauh dari tempatnya disebabkan pengiklanan diyoutube yang memberi kesan positif pada bisnes dia.

Tidak terhad pada perniagaan sahaja, sebarang majlis seperti majlis hari jadi, kenduri doa selamat, majlis sambutan anak berjaya dalam peperiksaan, rakaman sekitar majlis perkahwinan (hari kenduri sahaja) dan sebarang acara yang difikirkan sesuai.

Bayaran? Jangan takut, harga kami tidak mahal macam pro2 yang lain dipasaran. Kami cuma ingin membantu anda merakamkan dunia anda untuk dijadikan tontonan abadi suatu hari nanti. 

Harga yang kami tawarkan amatlah berbaloi dengan bujet anda. Brapa?
RM500** sahaja persesi.

(harga untuk shooting,editing dan publishing shj, tidak termasuk caj-caj penginapan dan perjalanan >> untuk pelanggan outstation)

Hubungi kami di talian 019271703 untuk keterangan lanjut. Sebarang tempahan perlu diberi masa antara 1 minggu ke 2 minggu untuk mendapatkan tarikh yang dikehendaki.

No comments:

Post a Comment